Wednesday, January 14, 2009

she's my bestfriend ever.

masa kecik-kecik dulu,
aku selalu kene rotan dengan ibu.sakit oke.tapi kadang-kadang ibu takpukul lagi aku da menagis.haha
Bila time nak pegi sekolah,aku mula lah cari akal nak ponteng,
mula laa alasan yang timbul seperti;

alasan pertama:"bu pagi tadi ika sakit perut,tercirit-cirit smpai taktido"
alasan kedua:"bu arini sekolah tak belajar,cikgu cuti beranak"
alasan ketiga: buat-buat tido takdengar jam bunyi,then bila dah lewat menangis sebab kononnya takut kene denda.
alasan keempat:"bu rasa nak demam lah,(belum demam lagi baru RASA)
alasan kelima:"buuuuuU~~ kalau ika cakap jangan marah ehhhh~tapi takut,hmmph
arini ika nak cuti bole?sehari jeee.pastu janji takponteng dah~(suara lembut mengalahkan jaafar onn)

tapi semua alasan diatas tak akan diterima sama sekali,ibu tetap mengatakan TAKBOLEH! or tali pinggang melekat dibadan.

Bila diingat balik baru aku tahu ibu buat semua tu sebab nak aku jadi Manusia yang berguna.Cuba bayangkan kalau semua alasan-alasan aku tadi diturutkan oleh ibu.dah semestinya aku masih tergapai-gapai mencari arah tuju cita-cita dan masa depan aku mungkin gelap dan tak ada harapan kan?

terima kasih bunda.:)

sekarang kami semakin rapat,
bila cuti,kerap lepak di mapley berdua borak-borak,
apa saja rahsia/gosip akan dikongsi.
tak kira apa saja,
ibu pernah cakap,bila menjadi sahabat dalam pertalian keluarga tu kadang-kadang ia membuat satu hubungan tu lebih rapat.
bila kita mengangap ibu adalah seorang ibu,sometimes kita rasa malu nak bercerita or merasa dia orang tua yang tak open minded dan mesti banyak pantang larang.Segala tanggapan tu salah,kerana seorang ibu itu juga manusia,
dia boleh menjadi open dan listener kepada kita if kita melayan dia seperti sahabat.

apa beza sahabat dan ibu?
sahabat boleh gosip-gosip; ibu juga boleh
sahabat tempat kita luah masalah; ibu juga boleh
sahabat tempat kita bercerita tentang lelaki/teman hidup; ibu juga boleh.
so?kenapa perlu kita melabelkan seorang ibu hanya untuk tempat kita meminta wang or memerlukan tempat perlindungan sahaja?



she's my bestfriend ever,
kami dah berkawan sejak saya dalam perut dia lagi
lama kan?




status mood:Boring,sambil tengok the hoppers&ahli muzik online sebab ada fathul.haha.

7 comments:

  1. sungguh comel budak berbaju merah tu
    nampak mcm degil masa kecik
    betul?

    ReplyDelete
  2. lagi satu beza kawan ngan ibu, ibu kalau kita jadikan kawan takkan backstabb kita.

    p/s rara pon tak pernah bergambar kat taman tu. hehe.

    ReplyDelete
  3. pjoe:haha sy nakal sikit je.ibu kate sy keras kapla.hehe

    cik:raraaa nnti dwi nak try laa g sabah lg.sekali je pena g dulu

    jay:haha aah ,fathul comel sgt.sukaa.hahah

    ReplyDelete
  4. mama ra ckp pon ra keras kapla, nakal amatt. huhu n kuat melawan n menjawab. tapi rara sayaaaaaaaaaang sgt mama.

    hah sila dtg labuan ye. hehe

    fathul mana ni? fathullah luqman ke?

    ReplyDelete
  5. fathul cerita the hopper&ahli muzik tu aa rara sayang.haha dia lelaki lazatkan.nyumm:D

    ReplyDelete
  6. hahah. ok ok. lazat tak lazat jugala. pjoe lazat lgi ha. hehe

    ReplyDelete