Friday, June 19, 2020

2020

Banyak benda berubah. sangat. Im confuse and struggle. Tired. I just wanna sleep all day.

Monday, February 10, 2014

Kurang dari dua bulan.

Pejam celik pejam celik
Kurang dari 2bulan aku nak bernikah (yes kalau itu jodoh tak kemana)
Dengar ayat nikah, orang rasa happy, wow dan macam-macam. Tapi bagi aku macam-macam timbul. Takut.Risau semua ada
Tangung jawab besar wo nak pikul. Bukan lagi boleh berkepit minta segala dengan ibu , bukan boleh bila emo duduk sorang-sorang dalam bilik dan tak mahu gangguan sesiapa (dah ada laki mana boleh tido sorang. Kan?) hehe
Risau keadaan dengan keluarga baru. Setakat ni parents bakal suami tersangat lah baik. Moga-moga berterusan.
Risau jauh dengan ibu.(ye aku homesick) Risau salah buat keputusan (harap-harap tidak. Ameen)
Kalau dulu aku rasa nak kahwin sebab nak anak. Yes aku memang suka budak.
Kalau dulu lepak ramai-ramai kenduri, orang panggil "cik ika tukang tidokan budak sebab empuk" Waaaaaaaaaa.Okay abaikan*
But now semua dah lain, tujuan kahwin bukan saja sebab nak kan anak, tapi kita share hidup dengan orang lain.
Belajar hidup sama-sama.Tolak ansur.Berdikari.Belajar bertangung jawab jalankan tugas suami/isteri
Hmm
Jauh lagi nak sampai kehari akad. Tapi nervous dia Allah je tahu.
Macam mana kalau aku lari masa nikah sebab nervous or panic? Hahaha ok kelakar. Tipu je.
Tapi serious. Sampai sekarang rasa macam tak percaya nak kahwin.
100percent hal kenduri dari A to Z aku handle sendiri. Rasa macam dah besar sangat (walaupun realiti memang dah tua) hahah
Kadang-kadang tu rasa pressure sangat ada. Boleh dikatakan every week menangis. Tak cukup tangan. Call catering. Call khemah. Pergi tempah baju kurung nikah. Call make-up person.
Bila aku cerita dengan sepupu-sepupu yang kenduri aku just nikah sahaja tak ada sanding bagai, banyak complain yang aku dengar. Nak je aku attack " Dari mulut banyak sakit kan hati tapi tak membantu buat apa?"
Apa-apa pun orang nak menyebut ke apa, janji aku tak menyusahkan orang lain. Apa yang aku buat semua hasil titik peluh sendiri, ikat perut kumpul duit dan handle semua ni, SENDIRI. Nanti dah tua mungkin aku boleh jadikan contoh untuk anak-anak aku, kan? :)


Semoga semua nya dipermudahkan, Doa kan semuanya baik-baik ya? Aku tak minta lebih. Doa dari semua orang saja yang amat aku perlukan sekarang
Sebab aku percaya, Allah yang Maha Mengetahui, Allah yang Maha Kuasa untuk semua kejadian.
Biar kenduri kecil, janji sempurna dan semua kawan-kawan dapat hadir di majlis tu nanti. Sumpah besar hati dan terima kasih sangat.
"Dewi,Ure doing it right. Malu kt tuhan jangan kat org"- Terima kasih, kawan lama.

Thursday, January 16, 2014

:)

"You can't take back words you've already said,and you can't take back someone's tears that already shed." - Perempuan.

Thursday, December 12, 2013

Hilang

Penat.Hilang.
Cerita dengan seribu orang pon lah tak satu orang akan paham
Bila kememeh cerita, orang kata emosi
Kau try duduk tempat aku harung macamana padat hati nak terbawak
TAWAKAL

Tuesday, October 22, 2013

Can you be my good listener?

Dulu zaman ym ramai gila boleh berborak dari pagi sampai tgh malam
Banyak masalah boleh luah masa zaman tu tak kira pagi petang siang malam
Ramai kawan yang ada masa tu untuk dengar apa yang kita nak cerita
Sekarang, rasa macam awkward
Bila nak tegur and story pasal masalah. Rasa macam......Nah~
Haih.


I miss my old days. Zaman YM , tak tidur berborak dengan sesiapa .

Thursday, August 29, 2013

LEMBIK .

Aku rasa aku ni macam lembik.
Senang kene buli.
Bila kat office ada budak umur bawah aku 3 tahun, sangat kurang ajar bahasanya
Tapi kenapa aku takpernah attack? maki hamun?
Yang aku boleh buat diam, sambil menggelegak hati.(nak menangis)
Aku cakap baik-baik pon dengan niat nak membantu, kau balas dengan kurang ajar?
Bila berborak dia la paling cool di seluruh seremban.
Dia lah paling hot di seluruh seremban, paling sexyyy , pakwe badan ketak-ketak satu office di gebangnya.
Kerap kau cerita pasal satu family kazen-kazen semua layan GANJA dan kau rasa itu cool? layan GANJA masa hari raya dengan kazen? kau rasa itu cool?
Aku rasa kau ada MENTAL problem. Sebab tu kau sememeh bila bercakap macam orang tak da akal.
Celah mana ganja tu cool weh? Tell me about your fucking attitude when you talk rude with other people.
I think you have mental problem after taking too much of that stupid GREEN thing (GANJA la senang cerita)
Setiap kali kene jerit walaupun aku nak membantu . Aku urut dada aku sambil cakap dalam hati
"KAU NI ADA MASALAH OTAK,MUNGKIN SEBAB DAH TERLAMPAU LAYAN TAHIK TU HARI-HARI. DAN KAU RASA ORANG SEKELILING TAK-SE-COOL KAU."
Yes. Memang aku cengeng. Tapi aku tak kurang ajar bila orang baik dengan kita. So tak kesah la aku tak se-cool & se-hot kau.
Janji attitude aku bersih.



Kalau la aku jenis boleh attack balik cakap& tak cengeng. Kan bagus? Haih. Astafirullahalazim!

Wednesday, July 10, 2013

Hijrah.

Bukan senang nak pujuk hati
9/7/2013 - Hijrah.*InsyaAllah.

Video dibawah sedikit sebanyak dapat pujuk hati ni,

Monday, June 24, 2013

Berhenti Mengeluh.

Kadang-kadang kita pikir..
Bila orang berubah untuk kita?
Kadang-kadang kita pikir..
Semua yang kita harap pada seseorang tak pernah menjadi
Tapi pernah tak kita terpikir..
Untuk ubah diri? Biar diri sendiri berusaha untuk diri kita sendiri? Lebih tenang hidup didunia dan bahagia di akhirat?
Buang segala khuatir? Hibur kan hati sendiri? Tunggu saja apa yang sudah ditulis oleh NYA?
Hanya diri kita yang boleh mengubah keadaan hidup kita
Hanya diri kita sendiri yang boleh penuhi apa yang kita mahu
Stop depending on people for your happiness
Maybe it's time to stop waiting for a miracle

Bangkit dan berhenti mengeluh






#notetoself.

Friday, April 19, 2013

Saya ada Impian

Buang segala sifat negatif yang ada dalam diri
Sangat mengaku yang diri ini penuh dengan sifat negatif, iri hati, hasad dengki, dan segala sifat yang hitam yang perlu aku buang.
Menginginkan perkara yang baik datang dalam hidup.
Keluarga, diri, keturunan, sifat. HARUS DIBENTUK DARI SEKARANG.
Jika kita tak mengubah diri kita siapa lagi?
Ketagih doa dari semua. Hati kadang-kadang keras dihasut syaitan.
Seorang hamba Allah yang hanya mampu merancang dan bertekad kearah kebaikan.
Mudah-mudahan :)
Salam Jumaat!

Tuesday, March 12, 2013

Tersentak.Berpeluh.

Semalam masa nak tidur.
Tiba-tiba terpikir
What if kalau aku mati esok? lusa? Malam ni? Sekejap lagi?
What if kalau tiba-tiba nafas tak boleh ditarik? Udara seperti kosong?
What if kalau aku tak jumpa semua orang yang aku sayang?
* diam berpeluh*
What if kalau tinggal sorang-sorang kat dalam lahad?
Makin lama makin semput aku bila pikir,berpeluh memang tak payah cakap lah.
Makin lama makin tak boleh tidur
Makin gelisah dibuatnya
Semput lagi berpikir, berpeluh
Macam-macam perasaan timbul dalam hati ni.
Rasa bersalah banyak dengan ramai orang
Rasa macam tak cukup segala-galanya untuk dibekal

Pelik Cuak Takut semua ada. :(

Monday, October 1, 2012

24.

Sudah 24 tahun bernafas.
Syukur Alhamdulillah
Thank you to those who wished me a happy birthday! I had a slow, calm birthday this time around.
I didn't get to do all I had planned.
Btw, Thanks to Mr.Fiance sebab plan banyak benda untuk celebrate birthday in advance semalam
but
I spoiled all his plans
Sorry
And I love
I didnt mean to do that
Saya kurang sabar
And we fought big time last nite.
I admit it was my fault
Sorry :'(
I love you
I'm really grateful to have you
Thanks for the Ipad
Thanks for the Pavlova
Thanks for make me happy
Even tgh penat or mood spoil
Awak try jadi badut or anything untuk bagi saya gelak kan! :D
Love yah loads!
And Happy birthday to me!


Iloveyou sayang.

Thursday, August 9, 2012

Ya Allah.
Semua serba tak kena..
Kenapa datang bertubi-tubi.
Dari awal sampai sekarang tak tenteram
Kenapa?
Nak biar aku lunyai hati?
Stop it .




Aku baik dan sabar ada limit.


Astafirulahalazimmmmmm~

Monday, July 23, 2012

3rd Ramadhan 2012.

Hari ni dah 3 hari berpuasa untuk tahun ni.
Malam dapat mimpi yang tak pernah terpikir pun.
Ayah datang suruh aku cium pipi dia.
Senyum je.
Tapi suasana mcm dekat satu tmpat orang naik bus.
Aku macam nak ikot,
Dia geleng kepala macam tak kasi.
Setakat tu je yang aku ingat mimpi tu.
Tapi yang paling tak boleh lupa bila cium pipi dia
*senyum.
Alfatihah ayah
Punya lah rapat dengan atok sampai panggil ayah :'). *rindu*
Ayah pernah tertinggal flight sebab nak tukar pampers aku dekat airport, masa tu ayah bawak aku pergi Sabah.
Ibu cakap kalau ayah hidup aku lah cucu paling manja mengada dalam dunia sampai semua orang menyampah heheh
:')
Al-fatihah,
Haron bin Hj Tambi.

Tuesday, June 12, 2012

Perempuan.


Kerap stress.
Kerap marah.
Kerap menyusahkan.
Bercakap sebelum berfikir.
Hilang sabar , Tiada Istifar.
Iman yang sememangnya sangat tipis.
Sorry awak.
Sorry again.

Monday, June 11, 2012

Syukur ,Alhamdulilah.


YaAllah ,
Syukur pada Mu yaAllah.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Kerja semakin stabil. Umur semakin meningkat.
Permudahkanlah segala urusan ini.
Syukur masih diberi peluang untuk rasa gembira macam ni. :)
Syukur kerana masih hidup hari ini untuk melihat dunia,
Syukur kerana Allah masih sayang kan aku dan memberi dugaan supaya aku menjadi lebih kuat.

Semua yang datang, ada sebab nya.
Semua yang jadi, ada hikmahnya.

Pasangan yang baik adalah untuk orang yang baik, InsyaAllah.
Semoga doa-doa Ibu untuk anaknya ini di makabulkan.Amin.

Aku tak mahu banyak, aku cuma mahu hidup yang sederhana, tanpa rasa busuk dan pecah belah.
Aku tak mahu kaya raya sampai memudaratkan hati dan lupa diri.
Aku cuma mahu ibu sihat, dan pasangan yang baik untuk menjaga aku dan sayangkan Ibu seperti mana dia sayangkan ibu nya.
Alfatihah Arwah Abah Roslan bin Ibrahim.

Selamat pagi . Isnin 11 Jun 2012. :)

Wednesday, June 6, 2012

Baik.

Terbaca blog Tony
Hati rasa macam tu jugak,
Nak semayang* sempurna*
Nak Kawin.
Jadi budak baik.
Tak nak cakap merapu.
Nak bersihkan hati.
Nak belajar macam-macam dalam- dalam pasal islam
Nak belajar mengaji
Tak nak cakap bukan-bukan.
Nak jaga ibu
Cari duit bagi ibu.
Nak jadi wanita Muslimah, sopan.

InsyaAllah.

&&& Nak masuk syurga. Nak sangat-sangat.
:(

Hari-hari hati dah condong kearah positive.
Tapi kenapa susah sangat nak berubah?

Bye. Nak balik kerja jumpa ibu!
:)

Sunday, December 11, 2011

#Blank.

Kadang-kadang even bila kita sayang orang tu separuh mati pun, bila perasaan 'negative' tu datang, Kita tak boleh buat apa.
Memang orang kata 'what past is past' atau 'forgive and forget',
Tapi tak semua orang boleh jadi semurni tu..
Manusia, lain orang lain hati dan cara nya.

Wednesday, November 30, 2011

Baby.

Bestnya semua orang dah ada baby,
Semua orang dah merasa ada manusia dalam perut main geli-geli :P
Kadang-kadang stress ok pikir pasal ni;
Naluri wanita tu datang bila hormon meningkat. hahaha.
Bila pikir-pikir one day nanti dah ada life sendiri,dengan someone and one group of family.
Seronok kan?
Sekarang dating, one day nanti sama-sama duduk satu rumah. Semua benda share sekali. Semua benda kita plan/bincang sekali.
Seronok kan?
Orang yang kita sayang dah ada 24jam dengan kita, pastu muncul plak generasi kta sendiri dari hasil kita sendiri.
Mesti rasa macam main The Sims kan? :p .


#notetoself keep praying, keep hoping, keep loving.

Thursday, August 18, 2011

18 hari berpuasa,

Alhamdulillah,
Bernafas lagi.
Dah 18 hari berpuasa, dan 18 hari bekerja sebagai org gomen.


Selamat berpuasa korang. :)

Mode: Boring di opis. blurgh.

Tuesday, July 19, 2011

Am i a bad person?

Kadanag-kadang kita bertindak kejam/jahat sebab takut ditindas ataupun takut untuk berada dalam situasi yang kita tak mahu.
Kadang-kadang kita terpaksa betindak sedemikian supaya tidak dipijak kepala.
Kadang-kadang apa yang jadi ada baik-buruknya.
Sudah menjadi lumrah, bila terlampau baik, pasti ada yang mengambil kesempatan? tak banyak.Sikit mesti ada.
So apa patut dibuat?

a) bertindak selfish supaya tak rasa ditindas or di hamba kan?
b) buat baik, orang ambil kesempatan dan teruskan dihambakan.
c) Biar kepala dipijak dan hidup hanya untuk disuruh-suruh.
d) Buat baik dan tutup mata dengan apa kelakuan manusia yang xnampak ke orang lain pon ada erti penat.

Haih. tak tahu lah. Manusia macam-macam jenis. So masing-masing kene bersifat peri kemanusiaan. So solution dia = Jika si X baik. si Y kene ada sifat kasihan or bertimbang rasa. So takdalah si Z yg melihat membekam rasa takpuas hati sebab si X dihambakan. kan?