Monday, February 10, 2014

Kurang dari dua bulan.

Pejam celik pejam celik
Kurang dari 2bulan aku nak bernikah (yes kalau itu jodoh tak kemana)
Dengar ayat nikah, orang rasa happy, wow dan macam-macam. Tapi bagi aku macam-macam timbul. Takut.Risau semua ada
Tangung jawab besar wo nak pikul. Bukan lagi boleh berkepit minta segala dengan ibu , bukan boleh bila emo duduk sorang-sorang dalam bilik dan tak mahu gangguan sesiapa (dah ada laki mana boleh tido sorang. Kan?) hehe
Risau keadaan dengan keluarga baru. Setakat ni parents bakal suami tersangat lah baik. Moga-moga berterusan.
Risau jauh dengan ibu.(ye aku homesick) Risau salah buat keputusan (harap-harap tidak. Ameen)
Kalau dulu aku rasa nak kahwin sebab nak anak. Yes aku memang suka budak.
Kalau dulu lepak ramai-ramai kenduri, orang panggil "cik ika tukang tidokan budak sebab empuk" Waaaaaaaaaa.Okay abaikan*
But now semua dah lain, tujuan kahwin bukan saja sebab nak kan anak, tapi kita share hidup dengan orang lain.
Belajar hidup sama-sama.Tolak ansur.Berdikari.Belajar bertangung jawab jalankan tugas suami/isteri
Hmm
Jauh lagi nak sampai kehari akad. Tapi nervous dia Allah je tahu.
Macam mana kalau aku lari masa nikah sebab nervous or panic? Hahaha ok kelakar. Tipu je.
Tapi serious. Sampai sekarang rasa macam tak percaya nak kahwin.
100percent hal kenduri dari A to Z aku handle sendiri. Rasa macam dah besar sangat (walaupun realiti memang dah tua) hahah
Kadang-kadang tu rasa pressure sangat ada. Boleh dikatakan every week menangis. Tak cukup tangan. Call catering. Call khemah. Pergi tempah baju kurung nikah. Call make-up person.
Bila aku cerita dengan sepupu-sepupu yang kenduri aku just nikah sahaja tak ada sanding bagai, banyak complain yang aku dengar. Nak je aku attack " Dari mulut banyak sakit kan hati tapi tak membantu buat apa?"
Apa-apa pun orang nak menyebut ke apa, janji aku tak menyusahkan orang lain. Apa yang aku buat semua hasil titik peluh sendiri, ikat perut kumpul duit dan handle semua ni, SENDIRI. Nanti dah tua mungkin aku boleh jadikan contoh untuk anak-anak aku, kan? :)


Semoga semua nya dipermudahkan, Doa kan semuanya baik-baik ya? Aku tak minta lebih. Doa dari semua orang saja yang amat aku perlukan sekarang
Sebab aku percaya, Allah yang Maha Mengetahui, Allah yang Maha Kuasa untuk semua kejadian.
Biar kenduri kecil, janji sempurna dan semua kawan-kawan dapat hadir di majlis tu nanti. Sumpah besar hati dan terima kasih sangat.
"Dewi,Ure doing it right. Malu kt tuhan jangan kat org"- Terima kasih, kawan lama.